Friday 20 May 2011

CiNtA jArAk JaUh!! BoLeH Ke???

korang pernah dengar tak pepatah orang-orang tua yang cakap kalo kita sayangkan bini kita kena tinggal-tinggalkn?? betul ke?? tapi memang aku tengok sekarang ramai kot pasangan yang baru kahwin terpaksa duduk asing-asing sebab tak boleh nak transfer. Ala kalo dah kahwin tak pe la sebab at least memang dah confirm tu korang punya. Yang jadi masalahnya adalah yang baru couple ni. korang confirm ke yang korang punyer lover tu akan setia kat korang even jarak antara korang berdua tu beribu-ribu batu jauhnya?? Selalu nyer case ni aku nampak kat couple yang dah bercintan-cintun since sekolah lagi. Then, lepas spm terpaksa la berjauhan sebab dapat offer untuk further study or sebab dapat keje kat tempat lain. Bagi ku kalo korang terjebak dengan CiNtA jArAk JaUh ni, kisah korang either jadi macam MV  janji by Akim or MV aishiteru by zhivilia.

aku sebenarnya agak begang ( macam first lagu akim tu!) bila tengok MV ni. korang tau kan MV ni merupakan kesinambungan daripada lagu INikaH cInTA. tapi kalo nasib korang sama jer macam MV ni, korang bersabar jer la ya! and just remember that the life must go on! tak payah la korang nak membazir masa korang nak ingat lelaki camni!



kalo nasib korang sama macam MV ni, korang memng betuah giler!susah kot nak jumpa lelaki camni. Tapi kalo dah jumpa tu, jangan korang pulak yang buat hal! kesian kat dia! nanti habis dia jadi fobia cinta pulak     ( mcm lagu nashrin).


* sebenarnya suma lagu yang aku mention kt atas tu, suma feveret ak tu!

Monday 16 May 2011

First of all ak nak wish selamat hari guru kt semua cikgu-cikgu kt malaysia ni. tak kisah la korang ni cikgu sekolah ke, cikgu kelas masakan ke, cikgu sekolah memandu ke, janji korang mengajar orang korang memang layak untuk menyambut hari guru ni. Mesti best kn cikgu-cikgu hari ni sebab dpt bnyak hadiah.



Sebenarnya time sekolah rendah dulu, tu la cita-cita aku. alasan nyer sebab aku nak dapat bnyak hadiah macam  cikgu aku. Tapi aku tak nak la jadi cikgu seolah menengah sebab budak-budak sekolah menengah jarang bagi hadiah kt cikgu diorang. HAHA nilah nama nyer tak iklas nak jadi cikgu. ala biasala wei cita-cita budak umur 8 tahun, bukannyer reti pun pasal bab ikhlas ni.

Tapi dah lama-lama tu aku terpikir jugak sesuai ke aku nak jadi cikgu ni?? Paham ke budak-budak kalo aku ajar diorang??Akhirnya aku decide tak nak la jadi cikgu. Then bila muncul pulak citer CINTA MEDIK kat tv9, cita-cita aku pun berubah la kononya nak jadi doktor la plk. Cita-cita tu pun terpaksa dipinda sebab aku tngok cam susah jer blajar medik ni. tak seindah macam yang ditayangkan kt tv tu pun. Akhirnya, aku pun decide nak jadi pharmacist sebab aku memang minat giler dengan chemistry. Insyaallah sekarang aku sedang berusaha ke arah itu. korang pun aku rasa patut berusaha lebih untuk mencapai apa yang korang cita-citakan tu. ok la korang berusaha  ya!chaiyok!
 

Sunday 15 May 2011

asal-usul cik siti wan kembung

testing,testing..1,2,3
assalamualaikm...hye korang!
ak ni baru jer nak menjebakkan diri aku kt dunia blog ni. Selama ni just tngk blog org jer, mcm best jer kalo ada blog, so ak pn cuba la.

macam yang korang tngk kt atas tu, korang rasa nape aku pilih nama cik siti wan kembung??Sah-sah la sebab aku ni orang kelatan. Walaupun aku ni  lahir kt kelantan tapi ak sebenarnya tak reti kecek kelate. Disebabkn tulah member2 aku kata aku ni kelantan murtad.ntah apa-apa ntah! aku bkn tak nak kecek kelate tp bila ak try jer mak aku kata mcm org siam jer bunyi dia. So aku decide daripada memalukan diri aku baik tak yah cakap langsung. Aku paham jer bila bdk-bdk kelate tu kecek ngan aku tapi kalo dh msk makcik- mak cik dan pak cik -pak cik yang loghat diorg mmg pekat tu, mmg terngaga la aku nk phm, lps tu anguk jer la buat-buat phm.

Korang nak tau tak, aku dulu time nak kuar kt dunia ni, mak bidan yang sambut aku. bangga giler! Mana tak nye, aku rasa budak-budak yang seumur ngan aku mmg dah tak guna lagi dah kaedah mak bidan, suma lahir kt hospital. disebabkan itulah kat dalam surat beranak aku terpampang nama kampung aku sebagai nama tempat lahir aku. nama kampung aku ni pelik sikit dan bila aku tnya budak-budak kelate, mmg ramai yang tak tau. Memang hulu giler kampung aku. hulu-hulu pun best tau!Nyaman jer, tak cam kt KL. Aku tak nak sebut la nama kampung aku tu. Eleh kalo sebut pun bukan nyer korang tau pn!

So, setakat ni jer la yang aku boleh citer kt korang psl aku. Yang lain tu aku just sama jer macam korang. Ada 2 mata, 1 hidung, 1 mulut , 2 telinga, 2 tangan dan 2 kaki. nnti la aku pergi tngk kt cermin lg tngok apa yang aku ada sama ngan korang. OK